• This is slide 1 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 2 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 3 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 4 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 5 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

Sabtu, 31 Mei 2014

Rasulullah Bersukan Bersama Isteri

Sukan merupakan antara cara untuk menyihatkan badan. Dengan bersukan, tubuh badan akan bergerak agrasif, sudah pasti melahirkan jasmani yang sihat. Islam menyeru manusia agar hidup sihat.

Ekoran dari itu, Islam meletakkan asas bahawa segala amalan kehidupan adalah harus, melainkan wujud nas yang menyatakan pengharamannya.

Bermaksud, semua bentuk sukan yang boleh menyihatkan badan adalah harus,selama mana bentuk sukan itu tidak terkandung unsure-unsur yang menyalahi syariat; menyalahi kandungan Al-Quran dan As-Sunnah secara Qatii, Sahih dansorih.

Justeru itulah, kita dapati bahawa Nabi SAW sendiri juga sering bersukan.Bermain pedang, memanah, menunggang kuda menjadi amalan nabi SAW dan para sahabat, lebih-lebih lagi dengan tujuan untuk menyiapkan diri dengan persediaan dalam menggerunkan musuh-musuh islam.

Firman Allah;

Maksudnya;
�Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu�
(Surah Al-Anfal : 60)

Dalam keadaan begitu pun, didapati bahawa bersukan yang diamalkan oleh NabiSAW, bukan sekadar nabi bersama-sama para sahabat sahaja, bahkan ada ketika-ketika tertentu, baginda SAW bersukan bersama isteri-isteri baginda.

Antaranya adalah satu hadis Aisyah yang berkata;

Maksudnya;
�Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu�

Dalam riwayat yang lain pula menyatakan bahawa dalam satu permusafiran Baginda bersama para sahabat. ketika itu, Aisyah turut sama dalam permusafiran tersebut.

Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila parasahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak berlumba-lumba.

Melihat kepada hadis ini, pasti kita akan dapat membayangkan betapa lunaknya hati nabi dalam usaha hendak gembirakan isteri-isterinya. Memandangkan NabiSAW adalah manusia yang selalu sebuk, baginda akan mengambil segala kesempatan yang ada untuk menggembirakan isteri-isterinya.

Disamping dalam permusafiran, baginda telah mengambil kesempatan yang ada dengan menjadikan sukan berlumba-lumba sebagai cara untuk bermesra dan menggembirakan isteri-isteri baginda.

Dari hadis ini juga, kita akan dapati, Nabi SAW tidak menjadikan tempat awam sebagai penghalang nabi SAW menyeronokkan isterinya. Bahkan, jika di tempat awam itu adalah ruang yang paling berkesan bagi nabi mahu gembirakan Isterinya,pasti dilakukan oleh Baginda SAW.

Sebagai isteri, pasti tindakan sebegini memberi kesan besar kepada hati mereka.hal ini dapat dibuktikan dengan hadis riwayat Aisyah ini. Walaupun kejadian tersebut telah berlalu begitu lama, tapi masih berada diingatan Aisyah sehingga kesaat Aisyah meriwayatkan hadis ini.

SekianWallahu 'Alam

Musnad Ahmad : 22989. 

*Sumber dari ahmadraje.blogspot.com

Petua Ubati Demam Dari Rasulullah SAW


Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :

"Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila panas demam menimpa seseorang dari kamu sesungguhnya panas demam itu satu potongan dari api neraka maka hendaklah dia memadamkannya dengan air iaitu hendaklah dia mandi di sungai yang mengalir lalu hendaklah menghadap ke arah aliran sungai lalu membaca: (Dengan nama Allah sembuhkanlah hambaMu dan benarkanlah RasulMu). Sesudah solat subuh dan sebelum terbit matahari dan hendaklah dia membenamkan dirinya di dalamnya tiga kali benaman selama tiga hari kalau belum sembuh pada tiga kali maka sembuh pada lima kali maka sembuh pada tujuh kali kalau belum sembuh pada tujuh kali sesungguhnya ia hampir tidak melalui tujuh kali dengan izin Allah".

(Sunan At-Tirmidzi Jilid 3. Hadith Nombor 2166)

Rahsia Disebalik Demam

Jumat, 30 Mei 2014

7 Kelebihan Bagi Seseorang Yang Pendiam

Seorang hakim berkata : Diam mengandungi 7 ribu kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimat dalam setiap kalimat seribu.

1) Diam itu ibadah tanpa susah payah.
2) Perhiasan tanpa berhias.
3) Kehebatan tanpa kerajaan.
4) Benteng tanpa pagar.
5) Kekayaan tanpa minta maaf pada orang.
6) Istirehat bagi malaikat pencatat amal.
7) Menutup segala aib.

Diam itu keindahan bagi orang yang alim dan penutup kebodohan bagi orang yang bodoh.

*Sumber dari ahmadraje.blogspot.com

7 Jenis Mata Yang Dicintai Oleh Allah SWT.

1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah SWT.

2- Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.

3- Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.

4- Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.

5- Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim ( Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan ).

6- Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.

7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah.

*Sumber dari ahmadraje.blogspot.com

Kamis, 29 Mei 2014

Sarang Iblis Pada Badan Manusia.

Daripada sebuah hadis, yang bermaksud:

"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada iblis, "Wahai iblis, siapakah orang yang paling kamu suka?" Jawab iblis dengan panjang lebar: "Orang yang sangat aku suka ialah lelaki atau wanita yang tidak mahu mencukur bulu ari-arinya (kemaluannya) dalam tempoh 40 hari. Aku akan duduk di situ mengecilkan diriku seperti kutu. Aku membuat sarang di sana, dan aku juga bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiaknya yang tidak dicukur atau tidak dicabut dalam masa 40 hari".

"Nabi saw telah menasihati kami agar merapi misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim)

1. Potong: Memotong atau memendekkan atau trim misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.

3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

*Sumber dari ahmadraje.blogspot.com

Rabu, 28 Mei 2014

Akibat Suka Mengqadakan Solat

Mengqadakan solat bererti mengantikan solat fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja pada luar waktu solat. Haruslah dielakkan daripada selalu mengqadakan solat. Kisah benar di bawah ini boleh di jadikan sebagai cerita iktibar kepada kita.

Seorang wanita telah meninggal dunia. Adik lelakinya telah menghadiri upacara pengebumiannya. Tanpa disedarinya uncangnya terjatuh ke dalam kubur ketika mengebumikan jenazah tersebut. Dia amat bersedih setelah menyedari kehilangan uncangnya. Dia telah membuat keputusan untuk menggali kubur itu secara senyap-senyap untuk mengambil uncangnya. Apabila dia menggali kubur itu, dia mendapati api memenuhi kubur itu . Dia pulang dalam keadaan menangis dan menceritakan keadaan yang dilihatnya itu kepada ibunya serta bertanya sebab berlaku sedemikian. Ibunya memberitahu bahawa kakaknya itu selalu malas mengerjakan solat dan sering mengqadakan solatnya. 

Begitulah ditunjukkan Allah balasan orang yang melewatkan solat. Persoalannya, kalau hanya melewatkan solat, Maka bagaimana pula halnya orang yang tidak bersolat sama sekali?

Kita bermohon kepada Allah s.w.t, semoga Dia memberikan kita taufik supaya menjadi kalangan orang yang menjaga solat.

*Sumber dari ahmadraje.blogspot.com

Selasa, 27 Mei 2014

Hikmah Disebalik Larangan Meniup Air Minuman

Nabi saw bersabda, �Apabila kamu minum, janganlah bernafas di dalam bejana (bekas minuman) atau meniupnya". (HR Bukhari)

Kajian mengatakan bahawa apabila kita meniup makanan, karbon dioksida yang sepatutnya dikeluarkan dari badan akan melekat pada makanan/minuman dan masuk semula ke dalam badan. Udara ini tidak sepatutnya masuk semula ke dalam badan kerana ia akan menyebabkan tulang rapuh, lemah badan dan pelbagai masalah lagi.

Di sebuah Majlis Kimia di Indonesia, ada yang menjelaskan secara teori, apabila kita hembus nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide dan apabila bercampur dengan air H20, ia akan menjadi H2CO3 (asid karbonat), iaitu sejenis dengan cuka dan menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Ini membahayakan tubuh kita.

*Daripada pelbagai sumber

Senin, 26 Mei 2014

Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia? Al-Quran Menjawab

Sejahat-jahat Iblis Laknatullah, tetapi dia mengaku bahawa Allah adalah Rabb. Tetapi sejahat-jahat manusia, sanggup mengaku dirinya sebagai tuhan. Antara contoh yg dirakamkan di dalam Al-Quran ialah kisah Firaun Laknatullah.

Maka, tidak benar apa yg dipercayai oleh sesetengah orang, sebaik-baik Jin adalah sejahat-jahat manusia.

Kisah Firaun Laknatullah

Tetapi tidak ada yang beirman keapda Musa melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya dalam keadan takut bahawa Fir�aun dan pembesar-pembesar kaumnya akan menyiksa mereka. Sesungguhnya Fir�aun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi. Dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang melampaui batas.
(Surah Yunus: ayat 83)

Berkata Fir�aun: �Apakah kamu telah beriman kepadanya (Musa) sebelum aku memberi izin kepadamu sekalian. Sesungguhnya ia adalah pemimpin kamu yang mengajarkan kepadamu sekalian. Maka sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kaki kamu sekali dengan bersilang secara bertimbal balik dan sesungguuhnya aku akan menyalib kamu sekalian pada pangkal pohon kurma dan sesungguhnya kamu akan mengetahui siapa di antara kita yang lebih pedih dan lebih kekal siksanya.
(Surah TaHa: ayat 71)

Fir�aun berkata: Apakah kamu sekalian beriman kepada Musa sbelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya dia benar-benar pemimpin yang mengajarkan sihir kepadamu maka kamu nanti pasti benar-benar akan mengetahui (akibat perbuatanmu): sesungguhnya aku akan memotong tangan dan kakimu dengan bersilangan dan aku akan menyalib kamu semuanya.
(Surah As-Syu�ara: ayat 49)

Kisah Namrud

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat? Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Al-Baqarah : Ayat 258)

Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk. Firman Allah SWT yang bermaksud: �Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.� (Al-Muddatsir: 31)

*Sumber dari murabbiy.wordpress.com

Minggu, 25 Mei 2014

Pendapat Ulama� Tentang Kedudukan Roh Setelah Mati

Soalan; Di mana ruh ditempatkan selepas mati? Apakah ia mempunyai hubungan dengan jasad yang ditanam di bumi?

Jawapan;

Terdapat banyak pandangan ulamak dalam masalah ini, antaranya;

Pendapat pertama:

Ruh orang-orang beriman sama ada para Nabi atau syuhadak ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir ditempatkan di dalam neraka. Ini adalah pendapat Abu Hurairah, Ibnu Umar, Imam Ahmad, Imam Syafi�ie dan Ibnu Kathir (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154).

Pendapat kedua:

Ruh-ruh orang beriman berada di langit yang ke tujuh di tempat bernama �Illiyyiin, sedangkan ruh-ruh orang kafir berada di lapisan bumi yang ke tujuh di tempat bernama Sijjin (penjara). Ini adalah pendapat Kaab dan Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.

Pendapat ketiga:

Ruh-ruh orang beriman akan berada di halaman kubur masing-masing di mana kubur-kubur mereka dilapangkan oleh Allah, kecuali ruh orang-orang mati syahid yang ditempatkan di dalam syurga. Adapun ruh-ruh orang kafir, ia ditahan/dipenjara di bawah lapisan bumi yang ke tujuh. Ini adalah pendapat sekumpulan ulamak. Pendapat inilah yang dinyatakan oleh Imam al-Baijuri dalam kitabnya Syarah Jauharah at-Tauhid sebagai soheh. Menurut Imam Mujahid; ruh menetap di dalam kubur sehingga seminggu sahaja dari hari ia dikuburkan, kemudian ditempatkan di tempat yang lain.

Pendapat keempat:

Ruh berada di suatu tempat di mana ia berada ketika jasadnya belum diciptakan. Ini adalah pendapat Ibnu Hazm.

Pendapat kelima:

Ruh orang beriman berada di barzakh di bumi di mana ia bebas dapat pergi ke mana-mana menurut kehendaknya. Ini adalah pendapat Salman al-Farisi dan Imam Malik.

Perbezaan pendapat di atas adalah kerana wujudnya perbezaan dalil yang menjadi rujukan masing-masing. Kerana itu Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah dalam kitabnya ar-Ruh, setelah beliau membentang pendapat-pendapat yang pelbagai tadi, beliau membuat ulasan bahawa ruh-ruh di alam barzakh berbeza-beza tempat dan tingkatnya mengikut kedudukan masing-masing di sisi Allah;

� Ada ruh yang ditempatkan di �Illiyyin pada daerah yang paling tinggi iaitu ruh para Nabi,

� Ada ruh yang ditempatkan di dalam syurga seperti ruh para Syuhadak,

� Ada ruh yang ditempatkan dipintu syurga,

� Ada ruh yang ditempatkan di bumi,

� Ada ruh yang berada lapisan terbawah dari bumi,

� Ada ruh yang berenang dalam lautan darah (sebagaimana dilihat Nabi s.a.w. dalam peristiwa Isra� dan Mikraj).

Kesimpulannya, ruh-ruh tidak berada di satu tempat. Sebagai menegaskan pandangan beliau, Imam Ibnul-Qayyim menjelaskan; �Jka kita analisis serta hayati hadis-hadis atau riwayat tersebut, maka kita akan menyimpulkan bahawa tidak ada dalil-dalil soheh yang saling bertentangan antara satu sama lain. Inilah hujah yang benar dan dapat dijadikan pegangan�.

Hubungan ruh dengan jasad

Ruh-ruh selepas mati walaupun berada di tempat yang jauh (di syurga, di langit dan sebagainya mengikut pendapat-pendapat tadi), namun ia masih mempunyai hubungan secara langsung dengan kuburnya yang mengandungi jasadnya. Dengan adanya hubungan itu, ruh akan membalas salam orang yang datang berziarah ke kuburnya dan tidaklah mustahil bagi ruh itu untuk kembali ke jasadnya dalam waktu yang amat pantas dari tempat tinggalnya dengan izin Allah. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda; �Tidak ada seorangpun yang melalui kubur saudaranya yang muslim yang dikenalinya di dunia, lalu ia memberi salam kepadanya melainkan akan dikembalikan ruh kepadanya sehingga ia dapat menjawab salam�.

Begitu juga dengan adanya hubungan itu, jasad akan turut merasai nikmat atau azab yang dikenakan ke atas ruh di alam barzakh. Kesimpulannya; di alam barzakh sekalipun ruh dengan jasad terpisah, namun hubungan antara keduanya masih ada.

Wallahu A�lam.

Rujukan;

1. Ar-Ruh, Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah.
2. Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 154.
3. Aqidah al-Muslim, Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.
4. Syarh Jauharah at-Tauhid, Imam al-Baijuri.

Oleh USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

*Sumber dari murabbiy.wordpress.com

Sabtu, 24 Mei 2014

Ulama'-Ulama' Tersohor Yang Pernah Ditindas Oleh Pemimpin Zalim

Gambar Hiasan
Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.

Imam Syafie � Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi � Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

*Sumber dari murabbiy.wordpress.com

Jumat, 23 Mei 2014

Imam Ghazali Berguru Dengan Tukang Potong Daging

Alkisah ini bermula pada saat Imam Ghazali yang mengimamkan satu solah fardhu disebuah masjid. Sedang Imam Ghazali mengimamkan solat tersebut, beliau terperasan atau menyadari adiknya yang turut menjadi makmum dalam solat berjemaah tersebut telah mufarakah(keluar dari solat berjemaah).

Maka setelah selesai solat berjemaah tersebut, Imam Ghazali pantas menemui adiknya itu(tidak begitu pasti nama adiknya, kemungkinan Imam Ahmad) dan bertanyakan mengapa adiknya itu tidak melakukan solat berjemaah sekali sebentar tadi.

Maka adiknya pun menjawab, " bagaimana aku hendak meneruskan solat berjemaah yang diimamkan oleh kau sedangkan aku melihat dirimu penuh dengan darah sewaktu solat tadi"
Imam Ghazali begitu terkejut sekali dan hairan bagaimana adiknya dapat mengetahui perkara tersebut. Imam Ghazali mengakui kepada adiknya bahawa ketika sedang solat tadi terlintas dalam hatinya mengenai perkara yang sedang ditulisnya, iaitu berkenaan haid wanita.

Lantas Imam Ghazali bertanya kepada adiknya dimanakan beliau mempelajari ilmu kashaf(perkara yang dihijabkan Allah) tersebut dan beliau ingin sekali mempelajarinya. Maka adiknya pun memberitahu bahawa dia mempelajari ilmu tersebut dari seorang pemotong daging di sebuah pasar.

Maka segeralah Imam Ghazali ke pasar untuk bertemu dengan pemotong daging tersebut untuk memintanya mengajar ilmu tersebut. Pada kala tersebut, Imam Ghazali merupakan seorang mudir yang tinggi pangkatnya di sebuah universiti dan memakai jubah kebesaran setaraf dengan pangkatnya.

Ketika Imam Ghazali bertemu dengan pemotong daging dan meminta beliau mengajarkan ilmu tersebut kepadanya, ianya ditolak dan pemotong daging menyatakan beliau tidak mempunyai ilmu untuk di ajar. Imam Ghazali terus memujuk gurunya itu untuk mengajarnya ilmu tersebut. tetapi sekali lagi ditolak, beliau meletakkan syarat kepada Imam Ghazali sekiranya ingin belajar ilmu tersebut, beliau meminta Imam Ghazali menanggalkan jubah kebesarannya itu dan membersihkan tempat potong daging tersebut dengan jubahnya itu.

Maka Imam Ghazali terus melakukan apa yang dikehendaki oleh gurunya itu. Imam Ghazali menyatakan bahawa beliau menuntut ilmu ibarat sekujur mayat yang tidak mampu melakukan apa-apa, selain menyerahkan diri kepada orang yang menguruskannya. Setelah menyelesaikan tugasnya itu, gurunya meminta hadir ke rumah beliau selepas subuh.Keesokkan harinya Imam Ghazali hadir ke rumah gurunya itu selepas subuh untuk mempelajari ilmu dari gurunya itu.

Setelah meminta kebenaran untuk gurunya mengajarkannya ilmu tersebut, gurunya itu meminta Imam Ghazali membersihkan rumput dirumah beliau. Imam Ghazali melakukan tugasan berikut dan setelah tamat beliau meminta gurunya mengajarkan ilmu tersebut. Tetapi gurunya itu meinta beliau hadir pada keesokkan harinya.

Keesokkan harinya imam ghazali hadir ke rumah gurunya dan memintanya mengajar ilmu tersebut. Tetapi gurunya itu meminta beliau membersihkan longkang di rumahnya. Imam Ghazali terus melakukan perkara yang diminta oleh gurunya. setelah menyelesaikannya Imam Ghazali meminta gurunya mengajar ilmu tersebut tetapi gurunya meminta beliau datang semula pada keesokkan harinya.

Pada esok harinya, Imam Ghazali hadir ke rumah gurunya itu selepas subuh untuk mempelajari ilmu tersebut. Setelah bertemu dengan gurunya itu, gurunya memintanya membersihkan tandas di rumahnya. Selesai melaksanakan tugas tersebut beliau bertemu dengan gurunya itu dan meminta gurunya mengajarkan ilmu tersebut kepadanya.

Gurunya meminta beliau pulang dan menyatakan bahawa beliau telah tamat mempelajari segala ilmu yang hendak dipelajarinya. Imam Ghazali pun pulang ke ke rumahnya. benar apa yang dikatakan gurunya itu, sepanjang perjalanan beliau pulang ke rumah, beliau dapat melihat perkara-perkara ghaib.

Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini, tetapi yang ingin ditekankan adalah perkara pertama bagaimana kerendahan hati imam ghazali dalam menuntut ilmu. Biar pun beliau merupakan seorang yang lebih tinggi pangkatnya tetapi sanggup berguru dengan seorang pemotong daging. Beliau juga menyatakan kepada gurunya bahawa beliau ini seperti mayat yang tidak berupaya melakukan apa-apa dan menyerahkan segala-galanya kepada gurunya untuk melakukan apa-apa kepadanya.

Perkara yang kedua, adalah kenapa gurunya itu meminta beliau melakukan beberapa perkara (membersihkan tempat potong daging, potong rumput, membersihkan longkan dan tandas) tersebut dan setelah melakukannya, beliau dapat melihat perkara ghaib tersebut.

Hal ini kerana perkara tersebut ibarat menanggalkan sifat mazmumah didalam hati. Apabila beliau diminta menanggalkan jubah kebesarannya untuk membersihkan tempat yang kotor, dan melakukan perkara-perkara yang kurang tarafnya kalau kita nilainya, meruntuhkan sifat mazmumah dalam dalam diri seperti riya' ujub, takbur dan sebagainya. Sifat mazmumah ini yang akan membatasi hati dan menyebabkan cahaya(ilmu) tidak dapat menembusi ke dalam hati. Ilmu yang berkat adalah ilmu tersebut dapat digunakan oleh orang yang menuntut ilmu tersebut dan kemudiannya disampaikan kepada orang lain. Mudah-mudahan ilmu itu juga digunakan demi kebaikan orang lain.

*Sumber dari muslihahmazlan.blogspot.com

Kamis, 22 Mei 2014

Kesan Riba Ke Atas Kerajaan Turki Uthmaniyah

Kerajaan Islam Turki Uthmaniyah yang berpegang kepada hukum syarak telah melakukan kesilapan pada 1854 dengan menerima pakai sistem riba. Pinjaman berjumlah 8 juta pound sterling itu mewajipkan kerajaan Turki Uthmaniyah membayar bunga sebanyak 10 peratus dalam tempoh setahun. Dengan ini, wajarlah Allah SWT memberikan bala dengan menjatuhkan empayar Islam Turki Uthmaniyah yang telah ingkar dengan ajaran Islam, ditangan diktator Yahudi (juga ahli Freemason) Mustapa Kamal Atarturk pada 1922.

Berikut adalah senarai pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Turki kepada bank Rothschild di London:
1854 - 3000000 pound sterling. Bunga 6%.
1855 - 8000000 pound sterling. Bunga 4%.
1858 - 5000000 pound sterling. Bunga 6%.
1862 - 8000000 pound sterling. Bunga 6%.
1863 - 8000000 pound sterling. Bunga 2%.
1865 - 6000000 pound sterling. Bunga 6%.
(Sumber: Edhem Eldem, 2005, Ottoman Financial Integration with Europe. Foreign Loans, the Ottoman Bank and the Ottoman Public Debt.) 

Senarai diatas hanyalah sebahagian daripada pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Turki Uthmaniyah. Hakikatnya, pinjaman berjumlah beratus-ratus juta pound terus-menerus dilakukan oleh kerajaan khalifah (hasil desakan ejen-ejen Yahudi didalam pentadbiran Turki) sejak 1854. Pinjaman ini berlaku sehinggalah pada tahun 1914, dan dianggarkan sebanyak lebih 30 pinjaman telah dilakukan. Jumlah ini sebenarnya sudah cukup membuatkan Turki Uthmaniyah jatuh bankrap sebelum WW1.

Sehingga kini, walaupun Turki sudah berubah kepimpinan daripada sekular kepada pro-Islamik, namun ekonominya tetap dipegang oleh Yahudi menerusi sistem riba yang mula digunapakai oleh khalifah Islam sejak zaman Uthmaniyah lagi.

*Sumber dari aku-macjay.blogspot.com
Untuk pemahaman yang lebih jelas bagaimana Rothschild menjatuhkan empayar-empayar di seluruh dunia melalui sistem perbankannya, boleh lah dapatkan buku rothschild yahudi kepercayaan dajjal, penulis oleh Ibnuyaacob - Detik Islam.

Rabu, 21 Mei 2014

Jibril a.s., Kerbau, Kelelawar, dan Cacing


Suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibri a.s. untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui si Kerbau. 

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s. mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril a.s. mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "Hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril a.s. segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah s.w.t. sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya". 

*Sumber dari tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunan1001kisah.htm

Selasa, 20 Mei 2014

Bolehkah Air Zam Zam Diberikan Kepada Orang Kafir?

1. bolehkah kita memberi air zamzam kepada orang kafir sekiranya mereka meminta?

Jawapan : Harus memberikan air zam-zam tersebut dengan syarat orang bukan Islamtersebut tidak memusuhi agama Islam dan tidak berniat untukmenyalahgunakan air berkenaan dan diniatkan supaya orang kafir berkenaanterbuka hati untuk memeluk agama Islam dengan izin Allah S.W.T.

2. Assalamualaikum�Panel al-ahkam.net yang dihormati, Adakah terdapat larangan dari Rasulullah saw tentang membahagi2kan air zam-zam kepada orang kafir?
Terima kasih.

Jawapan: wa�alaikumussalam, Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan akhi shahnor77 dengan kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Menurut Dr Abdullah al-Faqih bahawa tidak diketahui pula terdapat sebarang larangan terhadap orang kafir keatas penggunaan air zam-zam, walaupun ada dikalangan ulama� yang tidak menyukai perbuatan ini, akan tetapi pandangan ini tidak benar [IslamWeb, FatwaID : 2449].

Dari sudut lain pula, perbuatan memberi air zamzam kepada orang kafir merupakan satu kerugian kerana orang Islam yang lain boleh memunafaatkan air tersebut, melainkan orang kafir tadi memang dalam keadaan kehausan. Sabda Nabi saw :-

�Air Zamzam adalah untuk tujuan apa-apa ianya diminum� (Riwayat Ibnu Majah, 2/1018; Al-Maqaasid al-Hasanah oleh al-Sakhaawi, ms. 359).

Faedah air zamzam sebagaimana didalam hadith diatas, hanya di berikan kepada orang Islam sahaja. WA. Sekian, wassalam

*Sumber dari alhafiz.net dan soaljawab.wordpress.com

Senin, 19 Mei 2014

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah s.w.t. dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku." Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah s.w.t.. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan�.jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah s.w.t. tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah s.w.t. tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah s.w.t.. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah�carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu. Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

*Sumber dari tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunan1001kisah.htm

Kisah Syaitan Mencuri Harta Zakat

Dalam kitab-kitab agama ada diterangkan tentang wajah iblis ini boleh bertukar dari pelbagai rupa. Ada diceritakan bahawa iblis atau pun syaitan itu mempunyai tanduk. Ketika melakukan kerja-kerja mencuri ini, syaitan biasanya akan menukar wajahnya kepada manusia. Ada cerita syaitan (jin) mencuri buah kurma yang hendak disedekahkan kepada fakir miskin. Tiba-tiba tuan punya buah kurma itu mendapatinya buah kurmanya berkurangan, dan bila disiasat didapati ada seorang budak lelaki ada diatas kenderaan dengan bakulnya berisi buah kurma. Apabila ditanya dari manakah dia mengambil buah kurma itu, dia menjawab dia bukan manusia tetapi jin dan mencurinya dari orang yang hendak bersedekah, dan dia (jin) mengambilnya. Dalam sebuah kitab lain dijelaskan juga bahawa syaitan ini tidak dapat dilihat. Ada para ulama menyangkal pengakuan dari setengah orang bahawa dia melihat jin dalam bentuk asal. Tidak betul dakwaan itu, kata para ulama yang disebut dalam kitab agama yang membicarakan tentang syaitan atau jin ini. Kalau para ulama tersebut, kalau ada orang melihatnya dalam bentuk penjelmaan, maka itu boleh diterima, kerana jin boleh menjelma dalam bentuk jemlaan haiwan atau pun binatang. Ikutilah selanjutnya tentang bentuk-bentuk dan wajah syaitan atau pun sebagaimana yang diterangkan oleh para ulama yang mereka nukilkan dalam buku-buku karya mereka.

� Syaitan Bertanduk
Dalam Sahih Bukhari ada diriwayatkan sebuah hadis dari riwayat Amru yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang ertinya: �Sesungguhnya matahari itu menyerlah di antara dua tanduk syaitan dan tenggelam di antara keduanya (tanduk syaitan) juga.� Hadis ini menunjukkan bahawa syaitan mempunyai tanduk. Ada sebahagian riwayat menyebutkan bahawa tanduk syaitan menyerupai tanduk binatang bahkan lebih mengerikan kerana ada sebahagian tanduknya yang mengeluarkan api dan bau busuk.

� Syaitan Pencuri Harta Zakat
Abu Hurairah pernah meriwayatkan: Rasulullah s.a.w. penah mewakilkan kepadaku agar menjaga zakat Ramadan, maka suatu ketika aku telah didatangi oleh seseorang. Orang itu kemudiannya cuba mencuri, tapi aku sempat menangkapnya lalu berkata: �Demi Allah! Aku akan laporkan kejadian dan kelakuan engkau ini kepada Rasulullah.� Tapi orang itu kemudiannya menjawab: �Tolonglah! Sebenarnya aku benar-benar berhajat kepada makanan ini kerana aku mempunyai ahli keluarga yang besar. Tolonglah!� Aku kemudiannya berasa kasihan lalu melepaskannya pergi. Keesokan harinya Rasulullah telah bertanya kepadaku: �Wahai Abu Hurairah! Apakah yang telah engkau lakukan terhadap pelanggan engkau kelmarin?� Aku kemudiannya menjawab: �Wahai Rasulullah, dia telah mengadu kepada saya bahawa dia benar-benar berhajat kepada makanan itu untuk keperluan keluarganya. Saya sangat kasihan melihat keadaannya, lalu saya lepaskan dengan kehendaknya itu�.

Kemudian Rasulullah bersabda: �Sebenarnya dia telah membohongi kamu, nanti dia akan datang semula.�

Ucapan Rasulullah itu benar sekali, seperti biasa dia datang lagi melakukan kerja yang sama. Sekali lagi aku dapat menangkapnya dan berkata: �Aku akan laporkan kejadian dan kelakuan engkau ini kepada Rasulullah.�

�Tolonglah! Lepaskanlah aku dengan makanan ini! Aku sebenarnya mempunyai keluarga yang besar! Aku sekali-kali tidak akan pulang tanpa makanan ini! Tolonglah!� Rayunya lagi. Aku sungguh kasihan dengan keadaannya itu dan akhirnya aku lepaskan lagi. Keesokan harinya, seperti biasa Rasulullah bertanyakan keadaan yang sama dan aku pun menjawab seperti sebelum ini, lalu Rasulullah bersabda: �Sesungguhnya dia itu penipu, nanti dia akan datang lagi�. Untuk kali ketiga, dia datang lagi dengan sikap yang serupa dan kali ini aku menangkapnya sambil berkata: �Kali ini aku betul-betul akan membawa engkau kepada Rasulullah! Ini adalah kali terakhir. 

Sudahlah! Dulu engkau katakan engkau tak mahu datang lagi tapi kau datang juga.�

�Lepaskanlah aku! Nanti aku ajarkan kepada engkau satu ilmu yang Allah akan memberi manfaat kepadamu.�

�Apa dia?� tanyaku. Lalu ia menjawab: �Apabila engkau mula labuhkan badanmu di atas tilam bacalah ayat al Kursi dari awalnya sehingga habis.� Katanya lagi: �Kerana apabila engkau membaca ayat tersebut, engkau akan sentiasa berada di dalam lindungan Allah, dan syaitan tidak akan mendekati engkau sehinggalah menjelang pagi.�

Akhir sekali aku pun melepaskannya pergi. Keesokan harinya, seperti biasa Rasulullah bertanyakan perkara yang sama. Lali aku pun menjawab: �Wahai Rasulullah! Kelmarin dia mendakwa telah mengajarkan kepadaku satu ilmu yang Allah akan memberi manfaat kepadaku, jika sekali lagi aku melepaskannya pergi.�

�Ilmu apa itu?� tanya Rasulullah. Katanya kepada saya: �Sekiranya kamu mula membaringkan tubuhmu di atas tilam bacalah ayat al Kursi dari awalnya sehingga habis, nescaya engkau sentiasa akan berada di dalam lindunganNya dan syaitan tidak akan mendekatimu sehinggalah menjelang pagi.� Lalu Rasulullah bersabda: �Ia sebenarnya telah bercakap benar terhadapmu padahal ia itu adalah penipu. Tahukah engkau siapa yang bercakap denganmu selama tiga kali berturut-turut?� �Tidak!� jawabku. �Sebenarnya itulah dia syaitan,� ujar Rasulullah s.a.w.

*Sumber dari saudagarseposen.blogspot.com

Minggu, 18 Mei 2014

Uzair Hidup Selepas 100 Tahun Ditidurkan

Nabi Uzair AS adalah seorang hamba Allah yang hidup pada zaman antara Nabi Saleh A.S. dan Nabi Ibrahim A.S. iaitu sekitar 5000 sampai 4000 tahun sebelum masa Nabi Isa AS. Nabi Uzair A.S. adalah seorang Nabi dan Rasul utusan Allah S.W.T, salah satu diantara 313 orang Rasul utusan Allah. 

Kemusnahan kota Jerusalem
Allah S.W.T. telah meranapkan kaum Yahudi sebanyak dua kali akibat sikap mereka yang degil. Selepas mereka menyeleweng buat kali pertama, Allah S.W.T. mentakdirkan sepasukan tentera yang tanpa gentar menghadapi serta memusnahkan mereka iaitu tentera dari kalangan bangsa Kanaan yang dipimpin oleh Jalut namun akhirnya dikalahkan oleh Nabi Daud A.S.

Kali keduanya pula adalah serangan Raja Bukhtanasar yang menyerang Jerusalem dan membunuh penduduknya dan seterusnya membawa hampir semua yang selebihnya sebagai hamba ke empayarnya. Kota terbabit musnah sama sekali termasuklah harta benda mereka yang dirampas. Kota tersebut sunyi sepi tanpa ada seorang pun yang tinggal.

Selepas Raja Bukhtanasar pulang ke empayarnya sambil meninggalkan kemusnahan di belakangnya, Nabi Uzair A.S. telah melalui Jerusalem bersama-sama seekor keldainya dan menyaksikan kesan-kesan kemusnahan yang dahsyat. 

Beliau kemudian, turun dari keledainya dan bersujud kepada Allah S.W.T dengan berkata �Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?"

Maka dengan itu Allah menidurkannya (mematikannya) selama 100 tahun. Dalam tempoh 70 tahun penidurannya itu, bandar itu mula dihuni oleh penduduk-penduduk bertambah pesat dan membangun serta kepulangan orang-orang yang dibawa pergi oleh Raja Bukhtanasar ke tanah air asal mereka atas arahan Raja Kurush (Nabi Zulqarnain A.S.).

Nabi Uzair A.S. dihidupkan/dibangunkan semula
Setelah 100 tahun tertidur, Allah S.W.T membangunkan atau menghidupkan kembali beliau dengan jasadnya sebagaimana sebelum beliau tertidur. Kemudian Allah bertanya kepada beliau: �Berapa lama kamu tinggal di sini?� Beliau menjawab: �Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari�. Allah berfirman: �Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging�. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) beliau pun berkata: �Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu�. (QS 2 Al Baqarah 259).

Nabi Uzair A.S. bertemu semula ahli keluarga dan masyarakat
Selepas itu beliau pun menunggang keldai itu dan pergi ke rumahnya sendiri yang ditinggalkannya 100 tahun dahulu dan menemui seorang wanita buta yang berusia 120 tahun. Beliau bertanya kepadanya, adakah rumah itu kepunyaan Uzair? Beliau (wanita itu) mengiakan persoalan itu dan menyatakan yang Uzair sudah dilupakan orang. Akhirnya, apabila beliau berjaya meyakinkan kepada wanita itu beliau adalah Uzair, wanita itu pun mengumumkan kepada orang ramai yang Uzair sudah kembali dan nabi Uzair pun didatangi oleh anaknya sendiri yang berusia 118 tahun. Sewaktu beliau ditidurkan, anaknya hanya berusia 18 tahun. Lalu anaknya mengatakan yang ayahnya dahulu memiliki tanda kelahiran di antara dua bahunya. Maka dengan itu, beliau pun menunjukkan tanda kelahiran itu.

Penulisan semula kitab Taurat
Oleh sebab tidak ada sesiapa yang menghafal kitab Taurat dan kitab itu sudah dibakar kesemuanya pada zaman penyerangan Raja Bukhtunasar, maka mereka meminta Nabi Uzair mengeluarkan satu-satunya salinan Taurah yang disembunyikan oleh ayahnya sendiri yang bernama Sarukha.

Namun apabila Nabi Uzair mengeluarkan salinan kitab Taurat dari tempat persembunyian asalnya, didapati kertasnya sudah reput dan berderai. Maka Nabi Uzair pun duduk seketika sambil dikelilingi orang ramai dan memikirkan bagaimana beliau dapat menulis semula kitab Taurat, maka pada ketika itu di hadapan penyaksian orang-orang Yahudi, terdapat dua tahi bintang jatuh dari langit dan menghentak dadanya yang menyebabkan galakan pada daya pemikirannya, lalu menulis kembali kitab Taurat daripada ingatannya.

Maka dengan itu, orang-orang Yahudi mengatakan yang beliau adalah anak Allah disebabkan dua perkara iaitu yang pertama, penyaksian mereka pada jatuhnya dua tahi bintang dari langit yang terkena kepada Nabi Uzair. Menurut pandangan mereka, ini adalah tanda sebagai anak Tuhan. Perkara yang kedua pula adalah walaupun Nabi Musa seorang yang hebat daripada pelbagai aspek termasuk mukjizat-mukjizatnya, namun beliau tidak mampu menyampaikan ajaran kitab Taurat kecuali daripada penulisan Taurat itu sendiri sedangkan Nabi Uzair berupaya menyalin kitab Taurat hanya melalui ingatannya. Perbuatan mereka ini amatlah tercela dan dilaknat oleh Allah kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Hal ini telah dirakamkan dalam Al Quran yang bermaksud : Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran? (At-Taubah 9:30)

*Sumber dari alfateh90.blogspot.com

Sabtu, 17 Mei 2014

Umat Yang Sentiasa Menang

Hadith :

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang sampai hari kiamat.

Huraian:

Islam bukan sekadar suatu perkataan yang disebut oleh lidah sahaja, bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam sebuah negara tertentu yang disebut sebagai negara Islam dan mempunyai lambang keislaman, juga tidak bererti kelahiran seorang yang ibu bapanya muslim.

Kita sering membicarakan tentang Islam akan menang, Islam akan tertegak tetapi apakah yang kita lakukan untuk menuju ke arah itu? Perjuangan menegakkan Islam masih belum berakhir.

Di manakah kita ketika saudara-saudara kita dihina, diinjak-injak, disembelih, diperkosa? Pernahkah kita kenangkan nasib mereka walau sedetik? Pernahkah lidah mengucapkan doa kemenangan untuk mujahid-mujahid Islam ini?

Apakah sumbangan kita untuk mereka? Sebenarnya bangsa atau umat yang menjadi pilihan Allah yang akan sentiasa diberikan kemenangan ialah bangsa muslim yang hidupnya terus memperjuangkan agama Allah sekalipun mereka berlainan bangsa dan warna kulit.

Inilah konsep yang unggul mengenai negara dan rupa bangsa yang sentiasa beroleh kemenangan dan kekal merdeka.

*Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Siapakah Kuasai Perniagaan Di Mekah-Madinah?


Rakyat dari �Benua India� yang beragama Islam nampaknya menguasai semua perniagaan sama ada yang besar mahupun yang paling kecil sekali. Perniagaan hotel, walau pun hotel-hotel itu bukan hak milik mereka, tetapi penguasa dan pengendalian hotel-hotel tersebut dilakukan rakyat dari benua itu. Begitu juga dengan perniagaan makanan, dari restoran besar sehingga kepada gerai-gerai tepi tembok, tepi jalan, tepi-tepi mana pun dan sudut-sudut mana pun dimonopoli oleh mereka. 

Tidak ada satu ruang pun yang boleh kita mencelah melihat rakyat tempatan yang ada menjalankan perniagaan tersebut. Kedai makan misalnya, semuanya di kuasai oleh mereka. Mereka menjual aneka jenis makanan sama ada yang berat mahu pun yang ringan-ringan. Cakap apa saja perniagaan yang ada di seluruh Arab Saudi itu, siapa yang menjalankan perniagaannya? Sehingga pasar lambak di tepi jalan pun dikuasai oleh mereka. Apabila kita pulang dari masjid terutama pada waktu sembahyang subuh, maka laluan tempat penginapan itu lebat dengan jualan lambak. Serba serbinya ada. Mahu jubah, mahu ketayap, mahu tasbih, mahu perhiasan-perhiasan tangan, kaki, telinga, hidung semuanya ada dipasar lambak selepas waktu sembahyang asar, maghrib dan isyak serta subuh kecuali waktu zohor tidak ada kerana waktu ini terlalu panas, mereka tidak tahan berjemur. 

Dulu sebelum pembangunan dilancarkan dimana hotel-hotel lama masih ada, kedai-kedai lama dan bazar-bazar lama masih wujud, kita boleh membeli semuanya ini melalui bazar-bazar dan kedai-kedai tersebut. Oleh kerana sekarang semuanya sudah dibersihkan dan dirobohkan, mereka ubah cara berniaga dengan mengadakan �pasar lambak�. Bagaimana pun, pasar lambak ini masih dianggap �tidak sah� dari segi undang-undang Majlis Perbandaran Makkah. Mereka ini dihambat oleh pegawai-pegawai penguatkuasa yang sentiasa meronda di kawasan-kawasan berkenaan. Yang menghairankan, para peniaga pasar lambak ini kenal dan tahu watak dan wajah penguatkuasa itu. 

Apabila mereka melihat wajah mereka, maka lintang pukang mereka membungkus barang-barang jualan lambak terus lari. Kadang-kadang kita sedang memilih-milih barang yang kita berkenan, tiba-tiba sahaja peniaga membungkus, dan lari. Kita pula terpaksa mengejar mereka untuk membayar harga yang sudah kita ambil. Bagi kita tentulah tidak kenal pegawai penguatkuasa itu, kerana pakaian mereka sama saja dengan pakaian orang-orang yang baru pulang dari masjid, tetapi bagi peniaga pasar lambak cukup kenal. Bercakap tentang perniagaan makanan, bagi kaum India yang menjalankan perniagaan itu meletakkan harga �ikut suka�nya saja. Kalau dia rasa satu mangkuk plastik dalca tujuh atau lapan riyal, dia akan beri tahu kita dengan harga itu. 

Tetapi harga yang sebenarnya yang biasa kita beli ialah antara tiga riyal atau pun empat riyal, kalau paling tinggi pun lima riyal. Tetapi dilihatnya jemaah ini bukan dari rakyat tempatan atau pun bukan dari Benuanya, dia pun �ketuk� atau pun �sembelih� ikut harga yang dia mahu sendiri. Inilah yang terjadi sekarang. Saban tahun kita ke sana dan membeli barang makanan, harganya sentiasa naik sahaja. Tidak ada yang turun pun.

*Sumber dari saudagarseposen.blogspot.com