• This is slide 1 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 2 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 3 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 4 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 5 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

Senin, 30 Juni 2014

Kelebihan Minum Air Waktu Sahur

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang berpuasa).

Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya:
"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas
orang-orang yang bersahur."

Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah sa..w bersabda yang bermaksud: "Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli
kitab) ialah makan sahur."

Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.

Apa Fungsi Air kepada kita?
Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w..
Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.

Air dan Fungsinya.
Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut dan juga sebagai 'pengakutan nutrien' tak organik. Air diperlukan dalam pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.

Minum Air waktu Sahur
Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh kebahagian lain; di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh. Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang.

Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim. Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.

Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain. Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna. Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga
bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.

Air Liur
Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan bahan pada gigi).

Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa. Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air liur meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi. Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.

Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!

Minum Air Waktu Sahur
Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, tidaklah hairan mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut. Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa gempa bumi di Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah tertimbus dalam tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masih hidup kerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan titisan air hujan yang ada. Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih hidup dalam keadaan yang sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air kencing sendiri selain dari tetesan air dalam bumi. Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mesti ada air.

Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit, paru-paru dan najis. Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan. Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.

Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.
Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar. Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan.

Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai.) Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuh dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid.

Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration)- kekeringan tubuh.

Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan lain-lain penyakit.

Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan makanan manis sedikit. Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain.

Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat.

*Sumber dari madah-tazkirah.blogspot.com

Minggu, 29 Juni 2014

Puasa Ramadhan 15 Jam Dengan Suhu 50 Darjah Celcius Di Tanah Suci

Pengunjung ke Tanah Suci dan penduduk Arab Saudi di jangka bakal berhadapan dan menjalani ibadah puasa Ramadhan tahun ini selama 15 jam dengan suhu paling panas melebihi 50 darjah Celsius (500C).
Suhu ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan sejak 25 tahun lalu, iaitu pada musim Ramadhan 1989 iaitu 49.80C (49.8 darjah Celsius).
Umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadhan dalam suhu panas, 450C tahun lalu. - AGENSI
Umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadhan dalam suhu panas, 45'C tahun lalu. � AGENSI
.
Laman web Arab News melaporkan, kawasan yang dijangka dilanda cuaca panas terik ialah Mekah, Madinah, Yanbu, Riyadh dan Dammam.
Umat Islam yang berada di kawasan berkenaan bakal berpuasa selama 15 jam, sebelum menurun kepada 14 jam 40 minit pada penghujung bulan suci berkenaan.
Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Alam Sekitar, Hussain Al-Qahtani memberitahu bahawa suhu ketika Ramadhan akan terus tinggi berikutan tekanan rendah di Semenanjung Arab dan keadaan cuaca panas yang melanda di seluruh Asia Barat.
Al-Qahtani berkata �Suhu dijangkakan antara 45 hingga 50 darjah Celsius dijangka melanda Makkah, 42 hingga 47 di Madinah, 44 hingga 47 darjah Celcius di Riyadh dan Wilayah Tengah.�
�Sementara itu suhu sehingga 50 darjah Celsius diramalkan melanda Wilayah Timu Arab Saudi, 39 hingga 45 darjah Celsius di Wilayah Sempadan Utara dan 42 hingga 46 darjah Celsius di Wilayah Selatan Arab Saudi,� jelas Hussain.
Beliau berkata, �Sebelum ini Makkah mencatat rekod suhu paling panas 49.8 darjah Celsius pada 1 Julai 1989, Madinah 49 darjah Celsius pada 20 Julai 2005, Riyadh 28 darjah Celsius pada 25 Julai 1987 dan Damman 50 darjah Celsius pada 28 Julai 2007.�
Umat Islam yang berada di Arab Saudi pada musim Ramadhan tahun ini diingatkan untuk bersiap sedia berhadapan dengan cuaca panas tersebut. Terutama mereka yang menunaikan ibadah Umrah Ramadhan dinasihatkan agar tidak terdedah terlalu lama di kawasa terbuka dan banyak meminum air zam-zam sambil mendoakan kesejahteraan diri dan umat keseluruhannya.

Sabtu, 28 Juni 2014

Gara-Gara Daging Babi

Waktu baru menunjukkan pukul 10.00 pagi di Beijing. Waktu solat Jumaat masih tiga jam lagi. Seorang lelaki sedang mendekati masjid.

Lelaki itu berdiri sejenak di depan masjid. Ada rasa enggan untuk melangkahkan kaki ke dalam masjid, apalagi setelah melihat tulisan di pintu gerbang masjid yang ditulis dalam bahasa Cina, Inggeris dan Arab berbunyi "Hanya untuk Muslim."

Tapi lelaki itu menepis keraguannya dan memberanikan diri memasuki masjid.

"Ada yang boleh saya bantu?" Tiba-tiba seorang lelaki menyapanya, imam masjid itu.

"Saya ingin menjadi seorang muslim," ujar lelaki itu.

Imam masjid tersenyum dan menyambut lelaki yang ingin masuk Islam itu. Dia membawanya ke pejabat "Komuniti Muslim" yang terletak berhampiran bangunan masjid. Imam mengeluarkan tiga buku kecil tentang Islam. Dia mahu lelaki itu mempelajari tentang agama Islam, agama yang ingin dipeluknya.

Lelaki muda itu ternyata bukan hanya membaca semua buku tersebut, tapi telah membaca banyak buku lain tentang Islam. Dia sering mengajak beberapa imam di masjid untuk berdiskusi untuk membuktikan bahawa dia tahu apa yang ingin dia lakukan.

Akhirnya, seorang imam membawa beliau mengucapkan dua kalimah syahadah dan lelaki muda itu secara rasmi menjadi seorang muslim.

Lelaki itu adalah Jang nama asalnya sebelum Islam dan kini menukarkan namanya kepada Salim. Setelah bersyahadat, Salim menceritakan mengapa dia ingin menjadi seorang muslim.

"Semuanya bermula dari daging babi," kata Salim sambil tersenyum.

Ajaran Islam untuk makan makanan secukupnya, termasuk larangan makan daging babi, mencetuskan rasa ingin tahu Salim dan mendorongnya untuk jawapan.

"Saya meneliti jurnal-jurnal perubatan dan membaca banyak buku untuk mencari jawapannya," ujar Salim.

Dia mahu mencari jawapannya mengapa Islam mengharamkan daging babi. Islam memandang babi adalah najis kerana haiwan itu pemakan segala macam makanan. Babi tidak membezakan antara daging atau tumbuhan dalam kebiasaan makannya. Berbeza dengan lembu atau kambing misalnya, yang hanya makan tumbuhan. Ramai ilmuwan juga bersetuju bahawa apabila memakan daging babi, boleh menyebabkan sekurang-kurangnya 70 macam penyakit pada manusia.

"Saya mendapati kesimpulan yang sama dalam rawatan tradisonal Cina yang tidak mengesyorkan makan daging babi dan menyebutnya sebagai daging yang paling tidak sihat dan berbahaya," tutur Salim.

Atas pengalamannya itu, Salim tertarik dengan agama Islam dan memutuskan untuk masuk Islam. Dia kini menjadi sebahagian daripada komuniti Muslim di China yang menurut data rasmi jumlahnya lebih dari 30 juta orang.

Islam tersebar ke negeri China melalui pedagang pada era Dinasti Tang sekitar 1300 tahun yang lalu. Bahkan catatan sejarah ada menyebutkan sahabat-sahabat Rasulullah Muhammad Saw pernah melawat China.

Meski komuniti Muslim di China cukup besar, mereka kerap menjadi sasaran penindasan dan diskriminasi kerajaan China yang berhaluan komunis. Tetapi siapa yang boleh menghalang cahaya Islam dan hidayah yang Allah swt berikan pada umatnya. Jang atau Salim adalah salah satu contohnya. Dia mendapatkan hidayah itu dengan latar belakang yang unik, hanya kerana masalah daging babi.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

Jumat, 27 Juni 2014

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh, Amalkan...

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. 

Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus pada waktu pagi selalunya anda akan memasang �water heater� untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com

Kamis, 26 Juni 2014

Tanda Sakit Di Badan, Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu

Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan.

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com

Rabu, 25 Juni 2014

Tidak Tahu Baca Al-Quran, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit

"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata. 

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta  Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Qur'an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

�Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.�

�Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. �

�Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti�.

Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Qur'an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Qur'an kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur'an Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua."

Subhanallah..Subhanallah

*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com

Selasa, 24 Juni 2014

Akan Dikeluarkan Dari Neraka Orang Yang Mengucapkan �Laa ilaaha illallah�

Hadis: Syafaat (Pembelaan)

45. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, �Akan dikeluarkan dari neraka orang yang mengucapkan �Laa ilaaha illallah� sedangkan dalam hatinya terdapat iman seberat biji gandum. Kemudian orang yang mengucapkan �Laa ilaaha illallah� dan di dalam hatinya terdapat iman seberat beras. Kemudian yang mengucapkan �Laa ilaaha illallah� dan di dalam hatinya terdapat iman seberat debu.� [0154]

46. Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, �Aku adalah orang yang pertama-tama menjadi pembela di syurga. Tidak seorang pun di antara para Nabi yang mempunyai pengikut sebanyak umatku. Bahkan ada Nabi yang pengikutnya hanya seorang.� [0157]

47. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, �Setiap Nabi mempunyai doa mustajab, kerana itu para Nabi segera memanfaatkan doanya itu. Tetapi aku, akan ku manfaatkan nanti untuk membela (memberi syafaat) umat ku di hari kiamat. Insya Allah doa ku itu akan mencapai setiap umat ku yang mati dengan tidak menyekutukan Allah.� [0159]

Senin, 23 Juni 2014

Akhir Zaman: Bangkitlah, dan muncullah di tempat engkau biasa tenggelam

Hadis: Menjelang Kiamat - Apabila Nabi Isa Turun

35. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, �Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya telah dekat masa Isa anak Maryam akan turun di tengah-tengah kamu.

Dia akan menjadi hakim yang adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak dan kekayaan akan melimpah ruah, sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia menerima pemberian.� [0127]

36. Dari Jabir bin Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, �Akan senantiasa ada hingga hari kiamat, segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang.�

Kata Nabi saw selanjutnya : �Sementara itu Nabi Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya, �Sudilah Anda solat dan menjadi pemimpin kami.�

Jawab Nabi Isa a.s, �Tidak! Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada umat ini.� [0128]

37. Dari Abu hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, �Belum akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit di barat, manusia akan iman semuanya. Tetapi ketika itu imannya tiada berguna lagi apabila sebelumnya dia tiada beriman, atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu.� [0129] 

38. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, �Ada tiga perkara, apabila ketiganya terwujud, maka iman seseorang tiada berguna lagi apabila dia belum iman sebelumnya atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu. Iaitu;

[1]. Apabila matahari terbit dari barat.
[2]. Dajjal keluar.
[3]. Dabbah (binatang melata) berkeliaran di muka bumi.� [0130]

39. Dari Abu Dzar r.a : Nabi saw bersabda, �Tahukah anda semua, ke manakah matahari itu pergi?� Jawab mereka, �Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.� Sabda Nabi saw, �Dia (matahari) berjalan sampai ke perhentiannya di bawah Arasy, lalu di sana dia sujud. Dia senantiasa sujud sampai datang perintah: Bangkitlah, dan kembali ke tempatmu semula.

Dia pun pergi dan muncul lagi di tempatnya semula. Kemudian dia berjalan sampai hingga sampai pula di tempatnya di bawah Arasy, lalu di sana dia sujud sampai datang pula perintah: Bangkitlah dan kembali ke tempatmu semula. Dia pun pergi dan terbit di tempatnya semula.

Kemudian ia berputar pula, tidak pernah membantah sedikit jua pun hingga ia sampai pula kembali di tempatnya di bawah Arasy. Tiba-tiba ia mendapat perintah: Bangkitlah, dan muncullah di tempat engkau biasa tenggelam. Maka terbitlah ia di barat.�

Sabda Rasulullah saw, �Tahukah anda semua, bilakah itu akan terjadi? Ialah (ia terjadi) pada hari di mana iman seseorang tiada berguna lagi jika sebelumnya dia tidak beriman, atau tidak berbuat suatu kebajikan dengan imannya itu.� [0131]

*Sumber dari koleksihadisnabi.blogspot.com

Minggu, 22 Juni 2014

Peristiwa Pertukaran Kiblat Di Dalam Taurat, Bible dan Al-Quran

Rahsia Kaabah
Pasti ramai yang sudah tahu bahawa suatu waktu dahulu kiblat umat Islam adalah Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis, Jerusalem. Allah ?????? ?????? telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad supaya menukarkan arah kiblat ke Masjidil Haram (Baitullah Kaabah) di Makkah al-Mukaramah. Ini sedia dimaklumi oleh kaum Yahudi dan Nasrani kerana Makkah sudah tidak asing lagi dalam kitab Taurat dan Bible tetapi mereka tetap menfikannya.

Sekiranya orang-orang Yahudi dan Kristian itu merujuk kembali kitab yang diturunkan kepada mereka iaitu Taurat dan Bible, sudah tentu mereka tidak merasa hairan apabila orang-orang Islam menukar kiblat mereka dari Palestin ke Makkah.

Ana ingin berkongsi dengan antum nas-nas pertukaran kiblat Allah Azza Wa Jalla dari Jerusalem ke tempat lain dari kitab-kitab agama utama. Bukti-bukti tersebut telah dinyatakan dan terkandung di dalam kitab-kitab Taurat, Bible dan Al-Quran sendiri.

1. Dalam Kitab Taurat

Dalam kitab Taurat yang mereka sebut sebagai Paran, dinyatakan bahawa:

�The Lord came from Sinai and dawned from Seir and He shone from Paran.� (Deotranomy 33: 2)
Maksudnya: �Tuhan datang dari Sinai dan akan bersinar dari Seir dan Dia menyinar dari Paran.�

Paran adalah tempat tinggal Siti Hajar dan Ismail sebagaimana yang di sebut dalam Genesis ayat 21,

�He was living in the Desert of Paran, his mother got a wife for him, from Egypt.�
Maksudnya: �Dia tinggal di kawasan gurun Paran, ibunya mendapatkan seorang isteri untuk dia, dari Mesir.�

2.  DalamKitab Bible

Bahkan Jesus sendiri yang menyebutnya di dalam kitab Bible:

(20)- �Our ancestors worshiped on this mountain, but you Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.� (21)- �Woman,� Jesus replied, �believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem. (22)- You Samaritans worship what you do not know; we worship what we do know, for salvation is from the Jews. (23)- Yet a time is coming and has now come when the true worshipers will worship the Father in the Spirit and in truth, for they are the kind of worshipers the Father seeks. (24)- God is spirit, and his worshipers must worship in the Spirit and in truth.�[Bible New Testament John 4:20-24 � New International Version (NIV)]

Cuba lihat dan fahami maksud ayat di atas. Terutama ayat yang telah digariskan:

Pertama :- �Jews claim that the place where we must worship is in Jerusalem.�
Kedua   :- �Believe me, a time is coming when you will worship the Father neither on this mountain nor in Jerusalem.�

Supaya lebih difahami, terjemahan berikut diambil dari Alkitab Indonesia;
(20) Nenek moyang kami menyembah di atas gunung ini, tetapi kamu katakan, bahwa Jerusalemlah tempat orang menyembah.
(21) Kata Yesus kepadanya: �Percayalah kepada-Ku, hai perempuan, saatnya akan tiba, bahwa kamu akan menyembah Bapa bukan di gunung ini dan bukan juga di Jerusalem.�

Persoalannya, dimanakah kiblat yang baru itu?
Bagi Islam, Kaabah merupakah kiblat yang dimaksudkan di dalam Bible kerana Injil asalnya merupakan kitab dari langit. Tetapi mungkin penganut Kristian masih lagi tercari-cari kiblat tersebut ataupun tidak mempedulikan ayat-ayat di atas dan menafikannya.

3.  Kiblat Umat Islam Di Dalam Al-Quran

Peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah ada diceritakan di dalam Bible. Ia adalah saat yang amat diharapkan berlaku dan sememangnya telah lama ditunggu-tunggu oleh Rasulullah.
Sebelum berlaku peristiwa ini, Baginda bangun pada setiap malam menghadapkan mukanya ke langit menunggu-nunggu wahyu daripada Allah ?????? ??????.

Sehinggalah Allah ?????? ?????? mengabulkan permohonan Baginda ? seperti yang dicatatkan di dalam Al-Quran:

Firman Allah ?????? ??????:
???? ?????? ????????? ???????? ??? ??????????? ? ?????????????????? ????????? ??????????? ? ??????? ???????? ?????? ??????????? ?????????? ? ???????? ??? ??????? ?????????? ??????????? ????????? ?
�Sering Kami melihat kamu (wahai Muhammad) berulang kali menadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap kiblat yang kamu sukai. Oleh itu halakan mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah); Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya.� (Surah Al-Baqarah: Ayat <144)

Walaupun mereka mengetahui bahawa bertukar kiblat ke Kaabah itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka tetapi mereka tetap ingkar. Perbuatan mereka pasti akan menerima balasan. Allah ?????? ?????? menegaskan bahawa Dia sama sekali tidak akan lupa dengan sikap degil dan keengganan orang-orang Yahudi dan Kristian menerima kebenaran.

Allah ?????? ??????berfirman lagi:
??????? ????????? ???????? ?????????? ????????????? ??????? ???????? ??? ?????????? ? ????? ??????? ????????? ?????? ???????????
�Sesungghunya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.� (Surah Al-Baqarah: Ayat <144)

????? ???? ???????
Wallahu A�lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

*Sumber dari shafiqolbu.wordpress.com

Hukum Mengejek Orang Soleh

"Menghina dan mengejek-ngejek wali2 dan orang2 soleh dengan tiada ada bukti adalah dosa besar dan Allah Taala akan memerangi mereka sebagaimana dalil hadis2 dan siapa orang yang diperangi Allah maka ia akan binasa pad dirinya atau anak pinaknya atau hartanya. Mengejek-ejek dan menghinakan itu boleh membawa kufur dan keluar dari agama Islam kerana wali-wali dan orang2 soleh itu dimuliakan Allah"

[FATWA BRUNEI BIL 67 M/S 2648]

?KAMI CINTAKAN ULAMA' & ORANG YANG SOLEH?

*Sumber dari ustaznaim.blogspot.com

Sabtu, 21 Juni 2014

Kubur Pembersih Masjid Dipenuhi Cahaya

Sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang wanita yang berkulit hitam bernama Ummu Mahjan yang biasanya membersihkan masjid, suatu ketika Rasulullah SAW merasa kehilangan dia, lantas beliau bertanya tentangnya. Para sahabat lalu berkata, �Dia telah wafat.� Rasulullah Shalallahu �alaihi wa sallam bersabda,

�Mengapa kalian tidak memberitahukan hal itu kepadaku?�

Abu Hurairah berkata, �Seolah-olah mereka menganggap bahawa kematian Ummu Mahjan itu adalah hal yang kecil.� Rasulullah Shalallahu �alaihi wa sallam bersabda,

�Tunjukkan kepadaku di mana kuburnya!�

Maka mereka menunjukkan kuburnya kepada Rasulullah SAW kemudian beliau menyolatkannya, lalu bersabda:

�Sesungguhnya kubur ini terisi dengan kegelapan atas penghuninya dan Allah meneranginya bagi mereka kerana aku telah menyolatkannya.�
HR An-Nasa�i

Semoga ALLAH SWT  merahmati Ummu Mahjan r.ha yang sekalipun beliau seorang yang miskin dan lemah, akan tetapi beliau turut berperan sesuai dengan kemampuannya. Beliau adalah pelajaran bagi kaum muslimin dalam perputaran sejarah bahawa tidak boleh menganggap mudah suatu amal sekalipun kecil.

Oleh kerana itu ia mendapatkan perhatian dari Rasulullah Shalallahu �alaihi wa sallam hingga ia wafat. Sehingga beliau menyalahkan para sahabat Beliau yang tidak memberitahukan kepada beliau perihal kematiannya agar beliau dapat mengantarkan Ummu Mahjan ke tempat tinggalnya yang terakhir di dunia. Bahkan tidak cukup hanya demikian namun beliau bersegera menuju kuburnya untuk mensolatkannya agar ALLAH SWT  menerangi kuburnya dengan solat beliau.

*Sumber dari taubatnasuhaachik.blogspot.com

Jumat, 20 Juni 2014

Tahap Rasulullah SAW Berlapar dan Hikmahnya

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Tarmidzi dari Nu�man bin Basyir r.a bahawa ia berkata �Bukankah kamu sekarang boleh hidup bermewah-mewah dengan makan dan minum, apa saja yang kamu mahu, kamu mendapatkannya. Aku pernah melihat Rasulullah Muhammad SAW hanya mendapat kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!�

Atau ada kisah juga seperti berikut ini. Pada suatu ketika Umar bin Khattab r.a menyebut apa-apa yang boleh dinikmati manusia sekarang ini dari dunia. Maka dia berkata �Aku pernah melihat Rasulullah SAW seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya.�

Pernah juga kisah yang lain datang dari sahabat Abu Hurairah r.a , ia berkata �Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang solat sambil duduk, maka akupun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu solat sambil duduk, apakah engkau sakit?  jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.�

Subhanallah, inilah teladan agung dari seorang pemimpin yang harus menjadi contoh bagi kita semua.

Rujukan : kisahislami.com/lapar-yang-pernah-dialami-rasulullah-saw

Nota :
Apa yang Rasulullah SAW lakukan akan membuktikan Baginda memiliki kedudukan tertinggi, tiada lagi insan yang lebih lapar dan bersabar demi menunaikan Perintah ALLAH SWT. Insan lain tidak boleh menjadikan alasan miskin dan susah sebagai batu loncatan untuk meninggalkan perintah ALLAH SWT seperti berpuasa kerana Rasulullah SAW lebih kuat kesabaran dan lapar tetapi tetap menjunjung Perintah ALLAH SWT.

Walaupun sedemikian kehidupan Rasulullah SAW, namun umat Baginda adalah juara makan, sehingga mengadakan pertandingan makan dan sebagainya.

Bayangkan jika Rasulullah SAW hidup seperti kita dan Rasulullah SAW memilih Al Khamr semasa ALLAH SWT meminta Rasulullah SAW memilih di antara Susu dan Al Khamr di saat Israk dan Mikraj. Al-Hamdulillah, Rasulullah SAW memilih Susu, tetapi kini umat Baginda lebih berani daripada Baginda dan telah menukar Susu kepada Arak (Al Khamr)  dan Lemak Khinzir  dalam makanan mereka seharian. Nauzubillah Min Zalik.

*Sumber dari taubatnasuhaachik.blogspot.com