• This is slide 1 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 2 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 3 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 4 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.
  • This is slide 5 description. Go to Edit HTML of your blogger blog. Find these sentences. You can replace these sentences with your own words.

Sabtu, 06 September 2014

Subhanallah, Air Juga Boleh Mendengar

"Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup." (QS Al Anbiya: 30). 

Dalam kitab-kitab tafsir klasik, ayat di atas menjelakan jika tanpa air semua hidupan akan mati kehausan. Dr Masaru Em oto dari Universiti Yokohama Jepun telah melakukan penyelidikan tentang sifat air. Air suci dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu disejukkan sehingga -5 darjah C di dalam makmal, kemudian gambar air diambil dengan menggunakan mikroskop elektron dengan kamera kelajuan tinggi. Molekul air membentuk kristal segi enam yang indah. Percubaan diulangi dengan membacakan, "Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)" di depan botol air tadi. 

Kristal membentuk sebuah bentuk sangat indah. Lalu dia cuba dengan menghadapkan sebuah tulisan huruf Jepun, "Arigato". Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata "syaitan", kristal itu lalu bertukar kepada bentuk buruk. Muzik Symphony Mozart dimainkan lalu kristal muncul semula dengan berbentuk bunga. Apabila muzik heavy metal diperdengarkan, kristal tersebut hancur. 

Apabila 500 orang menumpukan sebuah mesej "peace" di depan botol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah. 

Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia untuk menguji air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin dan dia juga diundang ke Pejabat Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005. Air boleh "mendengar" kata-kata, boleh "membaca" tulisan, dan boleh "memahami" mesej. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam mesej, seperti pita magnetik atau compact disk. 

Semakin kuat konsentrasi pemberi pesanan, semakin dalam mesej dicetak di dalam air. Air boleh memindahkan mesej tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan, kenapa air putih yang didoakan boleh menyembuhkan si sakit. 

Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5% air. Darah 82% air. Tulang yang keras pun mengandung 22% air. Air putih gelen di rumah, boleh setiap hari didoakan dengan khusyuk kepada Allah agar anak yang meminumnya soleh, sihat, bijak atau suami yang meminumnya tetap setia dalam rumah tangga. Air tadi akan berproses di dalam tubuh dengan menyampaikan mesej kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Allah, mesej tadi akan dilaksanakan dalam tubuh tanpa kita sedari. Jika bekalan air minuman di suatu bandar didoakan, insyaAllah semua penduduk yang meminumnya akan menjadi baik. 

Rasulullah saw. bersabda, "Zamzam lima syuriba lahu", "Air zamzam akan melaksanakan pesan dan niat yang meminumnya". Barangsiapa minum supaya kenyang, dia akan kenyang. Barangsiapa minum untuk menyembuhkan sakit, dia akan sembuh. Subhanallah ... Pantaslah air zamzam begitu berkhasiat kerana dia menyimpan pesanan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim as.

Bila kita renungkan berpuluh ayat Al Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. 

Bahawa air tidak sekadar benda mati. Dia menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh yang menunggu disingkapkan oleh manusia. Islam adalah agama yang paling dekat dengan air. Senelum bersolat kita diwajibkan berwuduk. Jika berjimak, suami isteri diwajibkan mandi hadas. Mati pun wajib dimandikan. Tidak ada agama lain yang menyuruh memandikan jenazah, malahan ada yang dibakar. Malah ada antara manusia menggunakan air secara membazir, bahkan kita juga cemari air. Astaghfirullah. 

Seorang saintis Jepun adalah rintis dalam kajian tersebut. Saintis muslim harus meneruskan kajian ini berdasarkan Al Quran dan hadis. Wallahu a'lam. 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber zilzaal.blogspot.com

Jumat, 05 September 2014

Apa Patut Kita Buat Jika Terlupa Rakaat Masa Solat?

Itulah bijaknya syaitan melalaikan kita dan betapa lemahnya kita kerana terpedaya dengan tipu helah syaitan. Konsepnya mudah sahaja apabila terlupa dalam solat iaitu hendaklah membina atas keyakinan.

Contohnya terlupa bilangan rakaat sama ada tiga atau empat rakaat. Cuba ingati semula susur galur solat untuk mempastikan bilangan yang yakin. Jika tidak dapat, maka ambillah rakaat yang paling sedikit iaitu tiga rakaat.

Sabda Nabi S.A.W :
�Jika seseorang daripada kamu syak dalam solatnya, lalu dia tidak tahu berapa rakaat telah dilakukannya. Adakah tiga atau empat? Maka buanglah syak dan peganglah apa yang diyakini (buatlah jumlah rakaat yang diyakini). Kemudian sujudlah dua kali sujud sebelum memberi salam. Jika dia telah melakukan lima rakaat, maka ia (kedua sujud dan duduk antaranya) menggenapkan solatnya. Jika dia telah melakukan sempurna empat rakaat, kedua sujud itu sebagai satu tanda kehinaan bagi syaitan�. (Hadis Riwayat Muslim)

Jadi tidak perlulah untuk menghentikan solat lalu memulakan solat baru. Jangan pula diambil bilang rakaat yang banyak . Kalau ambil bilangan rakaat yang banyak lalu pada hakikatnya kurang, maka solat itu tidak sempurna. Tetapi kalau diambil bilangan rakaat yang sedikit lalu pada hakikatnya sudah terlebih , itu tidak mengapa.

Kamis, 04 September 2014

Lima Alam Yang Dilalui Oleh Manusia

Setiap orang Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yang dilalui oleh setiap manusia iaitu:


1. Alam Roh
  • Alam di mana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
  • Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim
  • Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh).

3. Alam Dunia
  • Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.
  • Hidup sehingga 65thn-75thn

4. Alam Kubur
  • Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia.
  • Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi�Sa�iid; Rasulullah saw bersabda 
  • �Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka�.

5. Alam Mahsyar
  • Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia.
  • Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.
  • Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi memuntahkan isinya.
  • Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat untuk mati ditempat yang lain.
  • Rasullullah s.a.w yang pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail � Di mana kamu tinggalkan umatku�.
*Sumber dari bersihjiwahati.blogspot.com

Rabu, 03 September 2014

Masjid Berkuasa Solar

Sesuai  dengan perkembangan teknologi semasa, teknologi kuasa solar telah mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara maju. Mungkin anda agak terkejut dengan tajuk di atas...
Tetapi inilah realitinya... masjidpun menggunakan kuasa solar... menarik bukan !!!
Di antaranya ialah masjid ini...

1. Turki
Masjid ini terletak di B�y�keceli. Sistem solar masjid ini yang berkapasiti 2.25KW, cukup untuk kegunaan seluruh masjid, bahkan tenaganya turut disalurkan ke grid kebangsaan. Ia dipasang dalam tempoh 10 hari dengan bantuan sukarelawan Greenpeace yang turut menderma sistem solar tersebut.


2. Serbia.
Masjid ini terletak di Prishtina, Kosovo, Serbia. Tentu mengejutkan anda... tidak sangka sebuah negara yang satu masa dulu tersangat anti-Islam sehingga tercetusnya perang Bosnia, mempuyai masjid yang teramat cangih...

Ia telah diilhamkan oleh seorang arkitek Itali, Paolo Venturella.


3. Abu Dhabi
Masjid Sheikh Sultan Bin Zayed di Abu Dhabi, UEA berkapasiti 55KW. Cukup untuk sebuah masjid, malah turut dusambungkan je grid kebangsaan.
 
*Sumber dari www.tayibah.com

Jarak Diantara Dua Pintu Syurga


Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King A bdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga.

Kemajuan di dalam bidang sains dan angkasa dizaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda sampaikan sejak 1400 tahun yang lalu. Padahal baginda adalah seorang nabi yang diutuskan sebagai ummi, yang tidak tahu membaca dan menulis sebelumnya.

Sheikh Zindani telah membawa satu hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda:

 ????????? ?????? ????????? ???????? ????? ??? ?????? ???????????????? ???? ?????????? ?????????? ??????? ?????? ??????? ???????? ???? ????? ?????? ??????? ?????????
�Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.� (HR. Muslim no. 287)

Sheikh tersebut mengatakan Nabi Muhammad saw memberikan jarak antara dua pintu syurga adalah sama jaraknya Makkah dan Hajar yang berada di sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain), dan juga jarak antara Makkah dan Bushra yang berada di sebelah utara.

Sesuai hadis ini, maka jaraknya sama seperti jarak antara Makkah dan Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah dan Bushra (Jarak Makkah-Hajar = Jarak Makkah-Bushra).

Beliau mengatakan adalah sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk mukabumi, jarak yang tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut.

Beliau mengatakan dengan adanya kapalterbang dan satelit dalam abad 20 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat.

Ukuran dengan Google Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1273 km!

*Sumber dari www.tayibah.com

Selasa, 02 September 2014

Mekah dan Madinah Ketika Didatangi Dajjal

Dajjal berkeinginan untuk masuk ke kota Madinah tetapi dia tidak boleh melakukanya kerana Allah melindungi bandar Mekah dan Madinah dari Dajjal dan penyakit taun (wabak). Allah memberi tugas kepada para malaikat untuk menjaga Mekah dan Madinah. Dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, "Di setiap penjuru Madinah ada malaikat, sehingga wabak penyakit dan Dajjal tak dapat memasukinya." 

Bukhari juga meriwayatkan hadis dari Anas ibn Malik bahawa Nabi SAW bersabda, "Al-Masih (Dajjal) tidak dapat memasuki Madinah. Pada ketika itu Madinah mempunyai tujuh pintu dan setiap pintu ada dua malaikat."

Dalam hadis at-Tirmidzi dan Musnad Ahmad diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, "Al-Masih datang dari arah timur dan dia ingin menuju ke Madinah. Setiap celah kota Madinah dijaga oleh para malaikat. Dajjal singgah di tanah kosong yang tandus, lalu menggoncang Madinah tiga kali sehingga setiap orang kafir dan munafik keluar menghadapnya. "

Dalam hadis Ibn Majah, Shahih Ibn Khuzaimah dan Mustadrak al-Hakim diriwayatkan dari Abu Umamah bahawa Nabi SAW bersabda, "Tidak ada tempat di muka bumi yang tidak diinjak dan di duduki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah. Dia mendatangi setiap celah kedua kota itu, namun malaikat selalu menemuinya dengan pedang. Akhirnya dia singgah di Dharib Ahmar, di persimpangan tanah kosong yang tandus. Lalu Madinah diguncang tiga kali sehingga semua orang munafik, baik lelaki mahupun perempuan keluar menuju kepada Dajjal. Dengan demikian, yang jelek keluar dari Madinah sebagaimana kipas tungku api membersihkan kotoran besi. Hari itu disebut pembersihan. "Ada yang bertanya, "Di mana orang Arab ketika itu? "Jawab beliau," Pada ketika itu jumlah mereka sedikit..."

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber www.islampos.com (Mekkah dan Madinah Terlindung dari Dajjal di Akhir Zaman) | Ensiklopedia Kiamat/Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar/Penerbit: Serambi

Senin, 01 September 2014

Keistimewaan Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah


???? ????? ?????????? ????? ??????? ??????? ?????? ??????? ???????? ????????? ????? ??????? ??? ????????? ????? ?????? ???? ?????? ??????? ?????? ??????? ?????? ??????????? ??????????
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain selain drp Masjidil Haram. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.

???? ????? ????? ??????? ???????????? ???? ??????? ????? ???????? ????????? ??? ??????????? ??????? ??????? ????? ?????????? ???? ??????? ?????? ??????? ?????? ???? ???????? ??????? ??????? ???????? ???? ???????? ??????? ??????? ?????? ??????? ???????? ????????? ??????? ??????? ??????? ?????? ??????? ???????? ????????? ???? ????????? ?????
Dari anak Abu Said al-Khudri, dari ayahnya, beliau berkata, 2 lelaki telah berselisih pendapat tentang manakah masjid yang diasaskan atas dasar taqwa  (spt yg dijelaskan dlm al-Quran). Salah seorng berkata, ia adalah masjid Quba' dan seorang lagi berkata, ia adalah masjid nabawi. Lalu Rasulullah SAW bersabda ; ia adalah masjidku ini (Masjid Nabawi). Hadis riwayat Muslim, Nasaie, Turmizi, dan Ahmad dlm  lafaz yang berbeza-beza.  

???? ????? ?????????? ???? ?????????? ?????? ??????? ???????? ????????? ????? ??? ??????? ?????????? ?????? ????? ????????? ????????? ???????? ?????????? ??????????? ????? ????????????? ??????????
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda : Tidak perlu seseorang itu bersusah payah bermusafir kecuali untuk menuju 3 masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidku (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad dlm lafaz yang berbeza-beza.
 
???? ????? ?????? ????? ????? ??????? ??????? -??? ???? ???? ???? ???? ????? ??????? ???????? ???? ??????????
Dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang menziarah kuburku, Wajib ke atasnya Syafaatkku. Hadis riwayat ad-Daruqutni.
 
?? ????? ??? ???? ?????? ????? ?? ?????
Sesiapa yang menziarahiku sesudahku mati (kuburku), maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup. Hadis riwayat ad-Daruqutni dan al-Baihaqi.
 
??? ?????? ??????? ??????????? ???????? ???? ??????? ??????????
Tempat di antara Kuburku dan Mimbarku (Raudah) adalah salah satu taman daripada taman syurga. Hadis riwayat Ahmad, Nasaie, Baihaqi dan Tabarani.

*Sumber dari www.tayibah.com