Jantung dan darah - Darah akan kurang dipamkan ke sistem pencernaan badan. Oleh itu ia akan dihantar ke tisu-tisu badan yang lain. Selain itu, badan akan menggunakan tempoh berpuasa ini untuk mengeluarkan kolesterol yang tersumbat pada dinding-dinding saluran darah.
Paru-paru - Paru-paru akan menyerap beribu-ribu jenis toksin semasa kita bernafas. Puasa dapat membantu paru-paru menyingkirkan toksin yang berbahaya kepada tubuh badan kita.
Perut dan usus - Perut dan usus akan menggunakan masa berpuasa ini untuk mencuci dan menyingkarkan bahan-bahan buangan untuk memastikan sistem percernaan badan kembali efisien.
Hati - Hati menyediakan badan dengan glikogen iaitu sumber tenaga kedua badan dan menukarkan lemak kepada gliserol ketika tiada glukosa (daripada makanan).
Ginjal - Semasa kita berpuasa, ginjal akan meningkatkan kadar dialisis iaitu proses penyingkiran garam dan air untuk menurunkan tekanan darah.
Dengan berpuasa, ia memberikan manfaat secara fizikal dan meningkatkan kesihatan badan kita ke tahap optimum.
DI antara hak-hak Allah yang utama adalah zakat yang merupakan hak harta. Orang-orang yang tidak menunaikan zakat harta mereka disiksa dengan harta itu dengan siksaan yang berat. Nas-nas telah mengabarkan bahawa penyiksaan mereka dengan harta itu bermacam-macam.
Pertama: Bagi pemilik harta itu berwujud seekor ular botak yang mempunyai dua bintik. Ular itu tergantung di leher pemiliknya dan mencengkam tulang rahang orang itu seraya berkata kepadanya, "Aku adalah hartamu, aku adalah simpananmu."
Dalam sahih al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang Allah beri harta lalu tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat hartanya akan diserupakan menjadi ular botak berbintik dua, yang dikalungkan padanya di hari kiamat, kemudian ular itu berkata, 'aku adalah hartamu, aku adalah simpananmu'. "Rasulullah SAW kemudian membaca," Janganlah orang-orang yang bakhil dengan kurnia yang Allah berikan kepada mereka mengira bahawa sikap itu baik bagi mereka, tetapi kebakhilan itu buruk bagi mereka! Akan dikalungkan pada mereka di hari kiamat apa yang mereka bakhilkan. "
Kedua: Harta itu sendiri, iaitu zakatnya tidak ditunaikan, didatangkan kepadanya. Jika harta itu berupa emas dan perak, maka dijadikan lempengan panas, kemudian pemiliknya diseksa dengan itu. Jika harta itu berupa haiwan, unta, lembu, atau kambing, haiwan itu ditimpakan kepada pemiliknya lalu ia di seksa dengan haiwan itu. Allah SWT berfirman, "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya di jalan Allah, berilah mereka khabar tentang azab yang pedih, pada hari emas dan perak itu dipanaskan di nereka Jahannam lalu dahi, perut dan punggung mereka digosok dengan emas dan perak itu. Itulah harta yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah apa yang telah kamu simpan itu. "
Dalam sahih Muslim diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, "Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan hak hartanya itu, pada hari kiamat emas dan perak itu dijadikan lempengan yang dipanaskan di neraka Jahannam, lalu perut, dahi dan punggung orang itu digosok dengan itu. Setiap kali kepingan itu sejuk, dipanaskan kembali. Terus begitu dalam satu hari yang lamanya sama dengan 50 ribu tahun, hingga Allah memberi keputusan di antara hamba-hamba-Nya, sehingga orang itu melihat jalannya ke syurga atau ke neraka. "
Ada yang bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana dengan unta?" Rasulullah SAW bersabda, "Tidak seorang pun pemilik unta yang tidak mengeluarkan hak (zakat) nya dan di antara hak unta ialah memerah susunya pada hari unta itu minum melainkan pada hari kiamat ia ditelungkupkan di tanah lapang di hadapan seluruh untanya, termasuk yang kecil sekalipun. Unta-unta itu menginjak dan menggigitnya. Setiap kali yang seekor telah menyudahinya, datang lagi yang lain, terus begitu dalam satu hari yang lamanya sama dengan 50 ribu tahun, hingga Allah memberi keputusan di antara hamba-hamba-Nya, sehingga orang itu melihat jalannya, ke syurga atau ke neraka. "
Ada yang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana dengan lembu dan kambing?" Rasulullah SAW bersabda, "Tidak ada pemilik lembu dan pemilik kambing yang tidak menunaikan zakatnya, kecuali dia ditiarapkan di suatu tanah rata di hadapan seluruh kambing dan sapinya itu, tidak satu pun yang luput. Di antara binatang-binatang itu tidak ada yang tidak bertanduk, dan tidak ada yang tanduknya bengkok atau patah. Haiwan-haiwan itu menanduk dan menginjak orang itu. Setiap kali yang seekor telah menyudahinya, datang lagi yang lain. Begitu terus dalam satu hari, yang lamanya sama dengan 50 ribu tahun, hingga Allah memberi keputusan di antara hamba-hamba-Nya, sehingga orang itu melihat jalannya, ke syurga atau ke neraka.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | Ensiklopedia Kiamat / Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar / Penerbit: Serambi
Suka dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan atau penderitaan. Ketawa pula selalu menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasai.
Islam tidak melarang umatnya melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan umat Islam dipandang rendah martabatnya oleh orang lain. Ini menyingkap sirah Rasulullah ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.
Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan bersama Nabi Muhammad di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal berperang dengan kekuatan tentera musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.
Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman bermaksud:
�Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.� (Surah at-Taubah: 82).
Jelas daripada maksud ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan. Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku keadaan yang melampau.
Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami. Rasulullah bersabda bermaksud:
�Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.� (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)
Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.
Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan akan lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.
Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.
Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.
Fosforus putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.
Bagaimana ia berfungsi?
Ia akan bereaksi (chemical reaction) dengan oksigen, dan akan terbakar apabila dengan sendirinya di udara
Maka apabila terkena manusia, mangsa seolah-olah dipanggang terus hingga ke tulang. Gas yang dilepaskannya juga beracun. Apabila bom tersebut dilepaskan, ia akan menghasilkan debu-debu putih yang berterbangan (jangan keliru antara asap dengan debu). Apabila kulit anda terkena debu putih tersebut, kulit anda akan melecur secara tiba-tiba. Fosforus putih mampu membakar kulit dan daging anda terus sehingga menampakkan tulang.
Depleted Uranium
Ini juga bukanlah senjata baru. Ia telah digunakan oleh Amerika puluhan tahun dahulu.Sebenarnya Depleted Uranium bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya ia adalah logam yang di�attach� sekali dengan mana-mana peluru dan bom yang sedia ada. Kesannya, peluru tersebut mampu menembusi besi-besi yang keras dan tembok-tembok yang kebal.
senjata Depleted Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar
Namun, Uranium yang digunakan itu tidak berhenti di situ sahaja. Ia mampu meninggalkan sisa berradioaktif yang mampu merosakkan tubuh manusia, sama ada mati atau cacat. Malah kesannya lebih teruk kepada janin yang masih berada di dalam perut ibunya (proses perkembangan janin terganggu akibat sinaran radioaktif menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan yang sangat teruk).Kesannya terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan bayi yang lahir di Iraq selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan yang begitu teruk sekali. Kadar kecacatan adalah begitu tinggi.
Gambar-gambar di bawah adalah kesan apabila sel badan manusia berubah apabila terkena pancaran radioaktif daripada Uranium.
Inilah yang dilakukan oleh para pengganas dunia yang sebenar. Mereka menguji senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin yang mereka jajah. Bayangkan bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau ibu anda? atau anda sendiri?Bagaimana jika fosforus putih terkena kulit anda dan membakar daging anda terus ke tulang hidup-hidup?
Atau bagaimana jika adik atau anak anda lahir dalam keadaan cacat yang terlampau teruk?
sabda Nabi SAW yang bermaksud, �barangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka�.