Simon Cowell, selaku eksekutif syarikat Sony BMG dan terkenal sebagai juri di pencarian bakat, telah dikritik di media sosial oleh aktivis pro-Palestin kerana menyumbangkan dana sebanyak 150 ribu dolarkepada Pasukan Pertahanan Israel Bersekutu(FIDF).
FIDF ditubuhkan oleh mangsa Holocaust pada tahun 1981. Dalam laman webnya, badan ini menawarkan cinta, sokongan dan rawatan para tentera Israel dalam usaha untuk meringankan beban mereka membawa atas nama komuniti Yahudi di seluruh dunia.
Dana di Beverly Hills yang dianjurkan oleh TV mogul Haim Saban, telah berjaya mengaut jumlah bantuan lebih dari 20 juta dolar untuk FIDF dari 1000 tetamu.
Cowell yang juga terkenal sebagai 'pencipta' acara The X Factor ini, telah diserang dengan gambar karikatur anak-anak Palestin yang gugur oleh tentera Israel dan dia dianggap telah menyokong serangan Israel di Gaza.
Salah satu gambar yang menunjukkan empat anak-anak Palestin yang gugur di pengusung, mendapat kritikan dari seorang pengguna Tweeter bernama LeeMa. Dia mengatakan kepada Cowell: "Tangan anda telah berlumuran darah anak-anak Palestin."
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan �susahnya jadi wanita�, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.
Keluhan remaja perempuan A:
�Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.�
Keluhan isteri A:
�Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.�
Keluhan remaja perempuan B:
�Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!�
Keluhan isteri B:
�Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!�
Keluhan isteri C:
�Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?�
Keluhan isteri D:
�Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?�
Keluhan remaja perempuan C:
�Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?�.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan
Kaum lelaki pula cakap, �Ah, mujur aku ni lelaki!�
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
�Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!�
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
�Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!�
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
�Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!�
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
�Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah� itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan�
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
�Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!�
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
�Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!�
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
�Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!�
Lelaki beriman bertanya, �Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?�
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, �MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.�
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.
*Sumber dari mahatera.blogspot.com | cintarindurasul.blogspot.com
Khabar angin Hamas meminta bantuan Hizbullah memaksa pemimpin Hamas bersuara. Muhammad Nazzal, wakil Hamas di Lubnan, dengan tegas membantah pemberitaan itu.
Dia mempersoalkan kenapa Hizbullah yang mengaku menjadikan Israel musuh utama mereka. Namun tidak ada satu roketpun dilepaskan kumpulan Syiah itu ke Israel.
"Kenapa sudah 25 hari perang berlangsung akan tetapi tidak ada satu roket pun kamu lancarkan ke Israel," tegas Nazzal ketika diwawancara wartawan Indonesia, Abdullah onim, Khamis (31/7/2014).
Nazzal mempersoalkan banyak negara mengaku mujahid, mengatakan Israel sebagai musuh utama, akan tetapi ketika Gaza dihujani roket Israel, mereka masih tertidur lelap.
"Saya berstatemen begini, bukan bererti kami meminta bantuan daripada Hizbullah dan Iran, tidak sama sekali. Biarlah kami (pejuang Islam Palestin) yang berperang melawan Zionis Israel, kerana ini wajib hukumnya untuk kami membela tanah Palestin, "tegas Nazzal.
Pencerobohan Israel sudah memasuki hari ke-25 pada Khamis (31/7). Namun Hamas setakat ini baru menggunakan 10 peratus kekuatannya, sementara Israel sudah habis-habisan mengeluarkan 90 peratus kemampuannya.
"Kekuatan dan peralatan yang kami miliki saat ini masih boleh bertahan walau perang berlangsung hingga bertahun-tahun," tambah Nazzal.
Nazzal berkata semua persenjataan yang Hamas miliki ketika ini majoritinya adalah buatan tangan Gaza.
"Kami pelajari kecanggihan dari negara lain dan kami kembangkan di Gaza persenjataan tersebut," katanya. "Ada persenjataan yang kami miliki berasal dari luar. Tetapi kami membelinya, bukan bantuan percuma "tambahnya.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber dari islampos.com
Albert Einstein: "Saya tidak tahu dengan senjata apa yang akan digunakan pada Perang Dunia ke 3 tetapi saya tahu pada Perang Dunia ke 4, orang akan berperang dengan batu dan batang kayu."
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.
Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib.
Dia berkata pada orang-orang di sekelilingnya :
�Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman.� Maka orang-orang berkata : �Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik.� Maka beliau pun berkata :
�Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.
Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama �hirr� (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus.�
�Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, orang-orang Arab menyebutnya sebagai �syuja� ul arab� (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan.
ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu � lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.
Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam�dan�Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, �kelopak mata yang turun� sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia �shaddam liman aradhahu� (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin.�
�Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga� akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra� dan Mi�raj dekat gunung Mageddon.
Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.
Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (�) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran.�{2}
Huraiannya adalah seperti berikut :
Perang Dunia Pertama :
Disebutkan � Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad� yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.
Perang Dunia Kedua :
Disebutkan � Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama �hirr� (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri� dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.
Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan � Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga� bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}
Catatan: Artikel ini adalah sumbangan �ibn ibrahim�